JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hiasan Ayat Suci Al-Quran Atau Hadis (Khat) Di Dinding Dan Mihrab Masjid/Surau Daerah Timur Laut

Kategori: Ibadah
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 yang bersidang pada 18-19 April 2018 telah membincangkan mengenai Hukum Hiasan Ayat Suci Al-Quran Atau Hadis (Khat) Di Dinding Dan Mihrab Masjid/Surau Daerah Timur Laut. Mesyuarat memutuskan bahawa:


(i) Penggunaan sebarang khat yang susun atur kalimahnya mengelirukan pada mana-mana ayat al-Quran atau hadis adalah tidak harus. 


(ii) Khat yang diletakkan di hadapan mihrab secara kekal adalah makruh hukumnya kerana boleh mengganggu konsentrasi atau kekhusyukan orang yang sedang solat.


(iii) Tidak makruh jika ditulis selain daripada dinding arah kiblat atau jika ditulis di bahagian hadapan hendaklah diletakkan di tempat yang tinggi serta tidak dapat dilihat (luar daripada pandangan mata) oleh orang yang sedang mengerjakan solat.  


Klik disini untuk mencetak