JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penetapan Had Tempoh Muallaf Negeri Pulau Pinang

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3/2016 yang bersidang pada 8-9 Jun 2016 telah membincangkan mengenai Penetapan Had Tempoh Muallaf Negeri Pulau Pinang.Mesyuarat memutuskan: 


(i) Bersetuju Penetapan Had Tempoh Muallaf Negeri Pulau Pinang adalah selama 5 tahun mengikut negeri-negeri lain di Malaysia untuk sementara waktu sehinggalah wujud satu ketetapan tempoh yang baharu.


(ii) Mencadangkan suatu kajian yang terperinci perlu dibuat bagi menentukan tempoh yang wajar untuk saudara baharu dikira sebagai muallaf. 


Klik disini untuk mencetak