JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kedudukan Saf Wanita Di Dalam Solat

Kategori: Ibadah
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2015 yang bersidang pada 10 Februari 2015 telah membincangkan mengenai Kedudukan Saf Wanita Di Dalam Solat. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum kedudukan saf perempuan yang sama dengan kedudukan saf lelaki sama ada bersebelahan atau ketika berada di tingkat atas adalah makruh kerana bersalahan dengan keutamaan.

Klik disini untuk mencetak