Memperbetulkan Kubur Yang Terpesong Arah Kiblat Dan Kedudukan Mayat Di Dalamnya
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2015 yang bersidang pada 29 April 2015 telah membincangkan mengenai Hukum Memperbetulkan Kubur Yang Terpesong Arah Kiblat Dan Kedudukan Mayat Di Dalamnya. Mesyuarat memutuskannya seperti berikut:
(i) Tanda arah kiblat hendaklah diletakkan di tanah perkuburan seluruh negeri Pulau Pinang.
(ii) Sekiranya kubur didapati terpesong dari arah kiblat sebenar, pembetulan semula kubur dan kedudukan mayat di dalamnya hendaklah dibuat. Had pesongan 45o bolehlah dijadikan panduan untuk pembetulan semula.
(iii) Pembetulan semula arah kiblat juga perlu mengambilkira beberapa keadaan mayat. Antara keadaan yang tidak perlu kepada pembetulan semula adalah apabila mayat reput sekiranya diperbetulkan, pembetulan semula boleh membawa kemudaratan, mengaibkan mayat dan menimbulkan fitnah.
(iv) Teknik Groud Penetrating Radar (GPR) iaitu alat pengimbas boleh diguna pakai sebelum penggalian semula dibuat.