JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Mikro Organisme Terubahsuai Dalam Penghasilan Monosodium Glutama (MSG)

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2014 yang bersidang pada 12 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Mikro Organisme Terubahsuai Dalam Penghasilan Monosodium Glutama (MSG). Mesyuarat memutuskan seperti berikut:


(i) Setelah meneliti proses pengubahsuaian genetik dan teknologi baru dalam proses penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) berserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat mendapati bahawa bakteria penderma iaitu Lactic Acid Bacteria adalah diperolehi daripada "Intestines Of Human Adult" (usus orang dewasa) yang kemudiannya telah dipencilkan serta dipurifikasikan.


(ii) Berdasarkan proses dan sumber bakteria yang dikemukakan tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Penggunaan Mikro Organisme Terubahsuai iaitu Lactic Acid Bacteria yang diperolehi daripada "Intestines Of Human Adult" (usus orang dewasa) dalam teknologi baru penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) adalah dibenarkan kerana bakteria yang digunakan tersebut dikategorikan sebagai mutanajjis dan ianya telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang tidak menyalahi hukum syarak.


Klik disini untuk mencetak