Kaedah Haraki: Belajar Al-Quran 7 Jam
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2016 yang bersidang pada 12 Oktober 2016 telah membincangkan mengenai Kaedah Haraki: Belajar Al-Quran 7 Jam. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:
(i) Setelah meneliti buku Kaedah Haraki: Belajar Al-Quran 7 Jam yang telah diasas dan ditulis oleh Tuan Haji Zakaria bin Din @ Nasirudin, mesyuarat mendapati ia merupakan satu inovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran yang baik dan mudah bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.
(ii) Mesyuarat turut berpandangan bagi menyampaikan pengajaran dan belajar Al-Quran ia memerlukan guru yang bertauliah kerana meraikan kaedah pengajaran Al-Quran secara Talaqqi Musyafahah.
(iii) Selain itu perlulah diambil kira akhlak seorang guru yang mengajar dan tahap serta jantina pelajar kerana ia melibatkan pergerakan dan aksi-aksi yang sedikit aggeresif (merujuk cara mengajar di dalam vide/youtube) yang tidak bersesuaian jika seorang guru perempuan mengajar kaedah ini kepada pelajar lelaki yang dewasa.
(iv) Secara keseluruhannya mesyuarat bersetuju dengan Kaedah Haraki tersebut sebagai satu kaedah mengajar Al-Quran.