JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menyertai Pertandingan Memancing

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Menyertai Pertandingan Memancing” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negei Sabah bahawa:


1. Hukum asal pertandingan memancing adalah harus selagi mana mematuhi garis panduan syariah.


2. Sekiranya hadiah ditaja oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan maka ia adalah harus.


3. Sekiranya pertandingan tersebut mengambil yuran penyertaan bagi tujuan memberi hadiah kepada peserta, maka ia adalah haram kerana dikira sebagai Qimar (judi) dan bertentangan dengan konsep ‘Iwad (pulangan) iaitu hanya memberi manfaat kepada pemenang.


4. Mana-mana orang Islam yang ingin menganjurkan atau menyertai pertandingan memancing hendaklah memastikan ia bersih daripada sebarang unsur perjudian atau penipuan selaras dengan kehendak syarak.



Tarikh Warta : 7 Disember 2017



Klik disini untuk mencetak