JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Logo St. John Ambulans Bagi Warga St. John Ambulans Malaysia

Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Penggunaan Logo St. John Ambulans Bagi Warga St. John Ambulans Malaysia” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negei Sabah bahawa:


Logo atau lambang St. John Ambulans tidak dianggap sebagai Salib yang jelas, hanya melambangkan logo persatuan dan bukan lambang agama. Oleh itu, penggunaan logo tersebut bagi warga St. John Ambulans Malaysia yang beragama Islam adalah harus.


Tarikh Warta : 7 Disember 2017


Klik disini untuk mencetak