Menyorok Barangan (Ihtikar)
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M / 24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Menyorok Barangan (Ihtikar)” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di negeri Sabah bahawa:
1. Hukum peniaga menyorok barangan keperluan asas (Ihtikar) bagi tujuan menaikkan harga adalah haram.
2. Peniaga yang menyorok barangan keperluan asas (Ihtikar) boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara seperti inflasi.
3. Menyorok barangan keperluan asas (Ihtikar) adalah satu pengabaian Maqasid Syariah iaitu penjagaan harta. (حفظ المال)
.
4. Para Peniaga hendaklah menjauhi perbuatan menyorok barangan keperluan asas (Ihtikar) untuk menjaga maslahah dan kesejahteraan awam.
Tarikh Warta : 07 Disember 2017