JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Solat Jumaat Yang Kurang Jemaahnya 40 orang

Kategori: Ibadah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Solat Jumaat Yang Kurang Jemaahnya 40 orang” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di negeri Sabah bahawa:


1. Qaul Mu’tamad pandangan Mazhab al-Syafie bilangan ahli Jumaat hendaklah cukup jemaahnya 40 orang.


2. Harus mengerjakan solat Jumaat walaupun bilangan jemaahnya kurang 40 orang berdasarkan Qaul Qadim di dalam Mazhab al-Syafie. Keizinan pemerintah atau pihak berkuasa adalah diperlukan demi memelihara kepentingan dan maslahah ummah.


Tarikh Warta : 7 Disember 2017


Klik disini untuk mencetak