JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

‘Ucapan Selamat’ Sempena Perayaan Agama Lain

Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum ‘Ucapan Selamat’ Sempena Perayaan Agama Lain” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di negeri Sabah bahawa:


1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam yang melibatkan akidah atau iktikad dalam hal-hal yang berkaitan dengan Perayaan orang bukan Islam seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.


2. Walau bagaimanapun, sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atasdasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara orang Islam dan orang bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.


3. Memberi ucapan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.


Tarikh Warta : 7 Disember 2017


Klik disini untuk mencetak