JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Memberi Dan Menjawab Salam Kepada Orang Bukan Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Memberi Salam Kepada Orang Bukan Islam Dan Menjawab Salam Mereka” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di negeri Sabah bahawa:


1. Hukum memberi salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada orang bukan Islam adalah harus.


2. Lafaz salam yang diharuskan ialah Assalamualaikum sahaja. Adapun ucapan warahmatullahi wabarakatuh hanya khusus kepada orang Islam sahaja.


3. Hukum menjawab salam daripada orang bukan Islam terdapat beberapa keadaan:


(a) Harus menjawab ucapan salam mereka dengan ucapan Waalaikumssalam sahaja;


(b) Harus menjawab ucapan salam mereka dengan lafaz Waalaikum sahaja sekiranya pemberi salam:


(i) Mengucapkan salam dengan lafaz yang tidak jelas.

(ii) Mengucapkan salam dengan lafaz yang jelas tetapi mengandungi makna yang tidak baik seperti penghinaan dan seumpamanya.


Tarikh Warta : 7 Disember 2017



Klik disini untuk mencetak