JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengharaman Buku "Islam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Haji Ashaari Muhammad"

Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2005 telah bersidang pada 12-14 September 2005M/8-10 Sya’ban 1426H, bertempat di Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai pengharaman buku “Islam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Haji Ashaari Muhammad” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


(a) Buku yang bertajuk “Islam Hadhari Menurut Pandangan Ust. Haji Ashaari Muhammad” adalah mengandungi perkara-perkara yang menyalahi fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan fakta-fakta Syarak serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.


(b) Bahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana-adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan isi kandung buku-buku di (a) di atas untuk dibaca, dilihat atau didengar.



(c) Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku-buku di (a) di atas.



Tarikh Warta : 7 September 2017


Klik disini untuk mencetak