JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Islam Jama’ah Di Negeri Sabah

Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2006 telah bersidang pada 27-28 Jun 2006M/1-2 Jamadilakhir 1427H, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Ajaran Islam Jama’ah Di Negeri Sabah” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


(a) Ajaran Islam Jama’ah adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya.


(b) Bahawa pengharaman ini meliputi:


(i) Apa-apa variasi, versi bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (a) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;


(ii) Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa- apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di (a) di atas.


(c) Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Islam Jamaah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.


(d) Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Islam Jama’ah dengan ajaran Islam.


Tarikh Warta: 7 September 2017

Klik disini untuk mencetak