Fahaman Liberalisme Dan Pluralisme Menurut Pandangan Islam
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3/2006 telah bersidang pada 27-28 Jun 2006M/1-2 Jamadilakhir 1427H, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Fahaman Liberalisme Dan Pluralisme Menurut Pandangan Islam” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
(a) Liberalisme bermaksud suatu aliran pemikiran yang memberikan kebebasan mutlak kepada individu dalam menafsirkan ajaran Islam tanpa terikat dengan dasar dan sumber ajaran Islam yang telah disepakati oleh para ulama muktabar.
(b) Pluralisme bermaksud fahaman atau keyakinan bahawa agama Islam adalah sama dengan agama-agama lain dan tidak ada mana-mana agama yang boleh mengaku agamanya lebih benar dari agama lain.
(c) Kedua-dua aliran pemikiran dan fahaman ini adalah sesat dan menyesatkan serta boleh membawa seseorang itu terkeluar dari agama Islam.
Tarikh Warta: 7 September 2017