Kumpulan Tal Tujuh
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2007 telah bersidang pada 28-29 Mei 2007M/11-12 Jamadilawal 1428H, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Kumpulan Tal Tujuh” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
(a) Ajaran tersebut adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
(b) Bahawa pengharaman ini meliputi:
(i) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (a) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;
(ii) Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di (a) di atas.
(iii) Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Tal Tujuh, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktivitiaktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini,
(iv) Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Tal Tujuh dengan ajaran Islam.
Tarikh Warta: 7 September 2017