JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Gerakan Kumpulan Muhammadiyyah, Wahabiyyah Dan Itba’ Al-Sunnah Di Malaysia

Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2009 telah bersidang pada 13-14 Mei 2009M/18-19 Jamadilawal 1430H, bertempat di Pavilion Hall, Hotel Tang Dynasty Park, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Gerakan Kumpulan Muhammadiyyah, Wahabiyyah Dan Itba’ Al-Sunnah Di Malaysia” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


(a) Ajaran Muhammadiyyah, Wahabiyyah dan Itba’ al-Sunnah adalah bertentangan dengan maslahat dakwah dan dasar kerajaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia.


(b) Bahawa pengharaman ini meliputi:


(i) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (a) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;


(ii) Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di (a) di atas.


Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran tersebut, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran di (a) ini.


Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamphlet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tandatanda yang boleh mengaitkan ajaran di (a) dengan ajaran Islam



Tarikh Warta: 7 September 2017.



Klik disini untuk mencetak