JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Syiah Di Negeri Sabah

Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2013 telah bersidang pada 2-4 Disember 2013M/28 Muharram - 1 Safar 1435H, bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Ajaran Syiah Di Negeri Sabah” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


(a) Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.


(b) Fahaman dan ajaran ini bercanggah dengan ajaran Islam dari sudut Aqidah, Syariah, Akhlak dan membawa kepada perpecahan umat serta boleh mengancam keselamatan Negara.


Selanjutnya sila baca: https://www.sabah.gov.my/gazette/docs/002520.pdf



Tarikh Warta: 7 September 2017

Klik disini untuk mencetak