Semakan Semula Fatwa Ajaran Baha’i
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2015 telah bersidang pada 28-30 Julai 2015M/15-17 Jamadilakhir 1435H, bertempat di Bilik Sri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Semakan Semula Fatwa Ajaran Baha’i” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
Ajaran Baha’i adalah bukan ajaran Islam. Umat Islam yang terlibat dengannya adalah murtad. Oleh itu umat Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.
Oleh itu, fatwa yang telah diwartakan pada 11 Disember 2003 Bil. Rujukan No. 1,037 (No. JPBN: 308/6) adalah dibatalkan.
Tarikh Warta: pada 7 September 2017