JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Kategori: Akidah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 telah bersidang pada 24-26 Mei 2016M/17-19 Syaaban 1437H, bertempat di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


1. Bahawa fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen meragukan antaranya seperti berikut:


(i) Membawa ajaran dan Kerajaan Baru (Millah Abraham @ Ibrahim @ Negeri Karunia Tuan Semesta Alam Nusantara);


(ii) Mendakwa ada Rasul selepas Nabi Muhammad SAW;


(iii) Mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti Millah Abraham @ Ibrahim @ Negeri Karunia Tuan Semesta Alam Nusantara;


(iv) Menggabungkan tiga (3) ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi;


(v) Menyalah ertikan maksud Kiamat;


(vi) Memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri;


(vii) Menganggap Solat Lima Waktu dan Solat Jumaat tidak disyariatkan;


(viii) Taksub dan memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri;


(ix) Mewajibkan perjanjian (Bai’ah) ke atas setiap anggota.


Selanjutnya sila baca: https://www.sabah.gov.my/gazette/docs/002520.pdf




Tarikh Warta: 7 September 2017

Klik disini untuk mencetak