Fahaman dan Ajaran Hizbut Tahrir
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 telah bersidang pada 24-26 Mei 2016M/17-19 Syaaban 1437H, bertempat di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Fahaman dan Ajaran Hizbut Tahrir” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
1. Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar serta bertentangan dengan pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.
Selanjutnya sila baca : https://www.sabah.gov.my/gazette/docs/002520.pdf
Tarikh Warta: 7 September 2017