JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kaedah Pelupusan Al-Quran Dan Bahan Terbitan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran Dan Hadis

Kategori: Ibadah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Jamadil Akhir 1437 bersamaan 15 Mac 2016 telah membuat keputusan seperti berikut:


Kaedah untuk melupuskan bahan terbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadis adalah seperti berikut:


i. Dengan cara membasuh tulisan ayat-ayat al-Quran dan hadis menggunakan air dan seterusnya air

tersebut dibuang ke dalam sungai atau laut atau;


ii.Dengan cara membakar bahan-bahan terbitan yang mengandungi tulisan ayat-ayat al-Quran dan

hadis sebagaimana ketetapan berikut:


a. Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa

tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

b. Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran dan hadis yang telah dibakar

hendaklah dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin  atau bersepah.

c. Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui

orang atau dibuang kedalam laut atau sungai yang mengalir airnya.

d. Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai jabatan agama atau pihak yang mahu

melupuskan bahan-bahan tersebut.


iii. Dengan cara melalui proses berteknologi hijau yang dikenali sebagai “DEINKING”.




والله اعلم بالصواب


Klik disini untuk mencetak