Had Tempoh Panggilan Muallaf
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11 Rabiul Akhir 1437 bersamaan 21 Januari 2016 telah membuat keputusan seperti berikut:
“Had tempoh panggilan muallaf di Negeri Johor Darul Ta’zim adalah berdasarkan kepada ‘uruf iaitu selama 10 tahun bermula dari tarikh memeluk Islam. Sepanjang tempoh tersebut, seseorang muallaf hendaklah sentiasa mengikuti kelas-kelas agama yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor agar mereka terbimbing dengan sempurna akan ajaran Islam”.
1. Bersetuju dengan cadangan hak muallaf iaitu:
a. Pendidikan : Tiada had tempoh muallaf diberikan
b. Bantuan saguhati kewangan dan perubatan: Mengikut tempoh had kelayakan muallaf yang diberikan
c. Urusan pernikahan, kelahiran dan kematian: Tiada had yang diberikan
2. Bersetuju dengan kelayakan muallaf:
I. Bagi tahun pertama hingga ke sepuluh pengislaman:
II. Bagi tahun ke-11 dan seterusnya
والله اعلم بالصواب