Pelupusan Al-Quran Berteknologi Hijau Melalui Proses “Deinking”
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11 Rabiul Akhir 1437 bersamaan 21 Januari 2016 telah membuat keputusan seperti berikut:
Pelupusan al-Quran dan bahan cetakan agama berteknologi hijau melalui proses “DEINKING” tanpa ada pembakaran adalah harus menurut hukum syara’.
Walaubagaimanapun, ianya hendaklah dilakukan mengikut proses kerja yang diuruskan berdasarkan kepada pematuhan syariah demi memelihara kemuliaan al-Quran dan untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang boleh menghina kehormatan serta ketinggian martabat al-Quran al-Karim.
والله اعلم بالصواب