Wanita Muslimah Memperagakan Fesyen
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 14 Rabiul Akhir 1436 bersamaan 4 Februari 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:
Penyertaan muslimah dalam acara yang melibatkan pendedahan diri di khalayak umum seperti dalam pertandingan ratu cantik dan peragaan fesyen adalah satu perbuatan yang merendahkan martabat wanita.
Oleh itu, penglibatan wanita muslimah, penganjuran, penajaan, pembekalan pakaian-pakaian untuk acara tersebut serta apa-apa jua perkara yang boleh menjayakan program tersebut adalah haram menurut hukum syara’ dan ditegah.
Keputusan di atas adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
والله اعلم بالصواب