JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penukaran Nama Islam Dalam Kad Pengenalan Golongan Muallaf


Kategori: Lain-lain
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Jamadil Akhir 1437 bersamaan 15 Mac 2016 telah membuat keputusan seperti berikut:


  • Status agama seseorang muallaf yang telah memeluk Islam wajib dipaparkan di dalam kad pengenalan.


  • Tidak wajib bagi seseorang muallaf untuk menukar namanya tetapi dia digalakkan untuk berbuat demikian dengan syarat:

a.     Nama tersebut tidak membawa maksud nama tuhan agama asalnya seperti “SIVA”

b.     Nama tersebut tidak membawa maksud yang keji.


  • Tidak wajib bagi seseorang muallaf yang memeluk Islam menukar nama bapanya, bahkan dia boleh mengekalkan nama bapa dengan bin atau binti nama bapa mereka dengan syarat:

a.      Nama tersebut tidak membawa maksud nama tuhan agama asalnya seperti “SIVA”

b.     Nama tersebut tidak membawa maksud yang keji.


  • Harus bagi seseorang muallaf mengekalkan nama keturunannya.
  • Harus bagi seseorang muallaf menggabungkan nama Islam dengan nama asalnya.



والله اعلم بالصواب


Klik disini untuk mencetak