JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Mengusahakan Tanah Tanpa Kebenaran Serta Menuntut Sewa Kepada Orang Yang Mengusahakan Tanah Tersebut

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

1.     Hukum mengusahakan tanah tanpa pengetahuan pemiliknya adalah haram dan dilarang oleh Islam. Ini berdasarkan firman Allah I:


يَآيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لاَ تَأْكُلُوْا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُوْنَ تِجَرَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلاَ تَقْتُلُوْا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا.


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”.(An Nisa’ : 29)

 

Dan hadis Nabi Muhammad e:


عَنْ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ e: مَنْ زَرَعَ فِي أَرْضِ قَوْمٍ بِغَيْرِ إِذْنِهِمْ فَلَيْسَ لَهُ مِنَ الزَّرْعِ شَيْءٌ وَتُرَدُّ عَلَيْهِ نَفَقَتُهُ. (رواه الترمذى)


Maksudnya: “Barangsiapa yang menanam (mengusaha) di sebidang tanah milik sesuatu kaum tanpa izin mereka, maka ia tidak berhak memperoleh hasil daripada tanaman itu walaupun sedikit dan untuknya (pengusaha) nafkah yang dikeluarkannya.” (HR. Tirmidzi)

 

2.     Oleh itu, barangsiapa yang bercucuk tanam di atas tanah milik orang lain maka tanaman itu milik tuan punya tanah sekiranya ia belum dipetik. Adapun jika tanaman itu sudah dipetik maka pengusaha tanah berhak untuk mendapat hasil tanaman manakala sewa tanah hendaklah dibayar tuan punya tanah. 

(Ad Duktur Soleh Ibn Fawzan Ibn Abdullah Al Fawzan,

Al Mulakhash Al Fiqhiy, Jld. 2, hlmn. 99)


3.     Pemilik tanah / waris berhak menuntut wang sewa daripada orang yang mengusahakan tanah yang disewa tersebut dan hukum menuntut sewaan adalah harus. Ini berdasarkan Hadis Nabi Muhammad e:


عَنْ حَنْظَلَةُ بْنُ قَيْسٍ الأَنْصَارِىُّ قَالَ سَأَلْتُ رَافِعَ بْنَ خَدِيْجٍ عَنْ كِرَاءِ الأَرْضِ بِالذَّهَبِ وَالْوَرِقِ فَقَالَ لاَ بَاْسَ بِهِ إِنَّمَا كَانَ النَّاسُ يُؤَاجِرُونَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ عَلَى الْمَاذِيَاتِ وَأَقْبَالِ الجَدَاوِلِ وَأَشْيَاءَ مِنَ

 

 Ruj.: Dlm. JMNK (F) 602 Jld. 22


 لزَّرْعِ فَيَهْلِكُ هَذَا وَيَسْلَمُ هَذَا وَيَسْلَمُ هَذَا وَيَهْلِكُ هَذَا فَلَمْ يَكُنْ لِلنَّاسِ كِرَاءٌ إِلاَّ هَذَا فَلِذَلِكَ زُجِرَ عَنْهُ فَأَمَّا شَىْءٌ مَعْلُومٌ مَضْمُونٌ فَلاَبَأْسَ بِهِ. (رواه مسلم)

 

Maksudnya: Diriwayatkan dari Hanzhalah bin Qais Al Ansori bahawa dia berkata: “Aku bertanya kepada Rafi’ bin Khadij tentang sewa menyewa tanah dengan emas dan perak (dinar dan dirham). Maka dia berkata: “Tidak mengapa. Pada zaman Rasulullah e manusia menyewakan ladang seperti hasil tanaman yang tumbuh berdekatan sungai, parit, dan hasil tumbuhan tertentu, sehingga bahagian di sini binasa dan bahagian lain selamat, dan bahagian ini selamat dan bahagian lainnya binasa. Dan manusia tidak melakukan sewa menyewa kecuali dengan cara ini. Kerana itulah hal ini dilarang. Adapun sewa menyewa dengan sesuatu yang jelas diketahui, maka tidak mengapa (dibolehkan)”. (Hadith Riwayat Muslim)


4.     Kesimpulan yang dapat difahami daripada hadis di atas ialah dibolehkan / diharuskan pemilik dan waris tanah sewa itu mengambil / menuntut kembali wang sewaan tanah dengan nilai yang tertentu. Dengan syarat tidak menyusahkan atau membebankan orang yang menyewa serta menguntungkan pemilik tanah kerana perkara tersebut adalah dilarang sama sekali dalam agama Islam.


Wallahu A’lam.


Klik disini untuk mencetak