JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Penggajian

Kategori: Zakat
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah Seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 sebagai berikut:


1) Zakat Penggajian adalah diwajibkan ke atas sekalian umat Islam di Negeri Sabah.


2) Majlis Ugama Islam Sabah (Bahagian Baitul Mal dan Zakat) hendaklah menyediakan mekanisme pengurusan pungutan zakat gaji tersebut.


3) Zakat Penggajian umat Islam Negeri Sabah, boleh dikutip melalui potongan gaji setiap bulan sekali atau setiap setahun sekali mengikut pilihan masing-masing (dengan kadar nisab emas = 85 gram).


4) Potongan Zakat Penggajian itu boleh dibuat melalui kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang beragama Islam sahaja sebagai amil yang dilantikā€



Keputusan ini diwartakan pada 20 Februari 2003

Klik disini untuk mencetak