JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menetap Dan Mengisytiharkan Hanya Dewan Solat Sembahyang Utama Sahaja Sebagai Kawasan Larangan Bagi Mereka Yang Berjunub Dan Perempuan Haid

Kategori: Ibadah
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Setelah meneliti dan mengkaji keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang telah bersidang pada 19 Syawal 1437H bersamaan 24 Julai 2016 berhubung pengisytiharan dewan solat utama sahaja sebagai kawasan larangan bagi mereka yang berjunub dan perempuan haid seperti berikut:

 i.       Hanya dewan solat utama sahaja ditetap dan diisytiharkan sebagai kawasan larangan. Mana-mana orang yang berjunub atau wanita yang haid serta orang bukan Islam dilarang daripada memasuki kawasan berkenaan. Manakala kawasan selain yang tersebut di atas adalah bukan kawasan larangan.

  ii.       Surau (masjid tidak jamek) adalah sama hukumnya dengan masjid.

          

 Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-7 Penggal Ke-12 yang bersidang pada 12 Jamadil Akhir 1439H bersamaan 28 Februari 2018 telah membuat keputusan mengekalkan keputusan tetapi perlu dipinda sighahnya seperti berikut:

i.       Hanya dewan solat utama dan serambi yang berdinding serta berpintu sahaja ditetapkan dan diisytiharkan sebagai kawasan larangan. Oleh itu, mana-mana orang yang berjunub atau wanita yang haid serta orang bukan Islam dilarang daripada memasuki kawasan berkenaan. Sementara serambi yang tidak berdinding dan tidak berpintu serta kawasan selain daripada itu adalah bukan kawasan larangan.

ii.       Surau (masjid tidak jamek) adalah sama hukumnya dengan masjid.


Klik disini untuk mencetak