JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Batu Nisan Dan Kepok Pada Makam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1975
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Jawatankuasa telah mengkaji soalan samada harus di sisi Syarak membina apa-apa binaan, maqam atau sebagainya di atas kubur dan bersetuju membuat keputusan;


i.           Makruh dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang di dalam tanah yang dimilik oleh orang yang membuat binaan kecuali binaan itu dibuat bertujuan untuk menyelamatkan kubur itu dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir seumpamanya.


ii.           Haram dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa juga jenis dan bentuk binaan yang boleh jadi kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas. Sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang diwakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan yang kekal wujudnya selepas hancur mayat itu menghalangkan orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan Islam itu dengan tiada apa-apa sebab yang diluluskan oleh Syarak. Dan meruntuhnya itu hendaklah dengan kebenaran qadhi atau dengan kebenaran Majlis Agama Islam jika ditakuti berbangkit perbalahan / pergaduhan dan sebagainya, batu-batu dan perkakas-perkakas binaan itu menjadi hak milik waris-waris dipulangkan kepada mereka. Jika tiada ada waris atau ada tetapi mereka enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada Baitul Mal.


(Rujuk Himpunan Fatwa 1, ms 140)  


Klik disini untuk mencetak