Pemakaian Kanta Lekap Bercorak
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 4 Tahun 2017 telah bersidang pada 22-23 November 2017 / 3-4 Rabiulawwal 1439H di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Memakai Kanta Lekap Bercorak” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:
Hukum memakai kanta lekap bercorak sama ada untuk perhiasan adalah harus dengan syarat:
a) tidak membawa kemudaratan kepada pengguna;
b) tidak mengandungi bahan najis dari aspek pembuatan kanta lekap dan juga penjagaannya;
c) tidak menimbulkan fitnah atau unsur penipuan oleh pemakai;
d) tidak digunakan di hadapan bukan mahram atau corak yang berlebih-lebihan mengikut uruf atau perempuan dalam ihdad (tempoh berkabung bagi wanita kematian suami)