JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Merokok Dari Pandangan Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1995
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-042 yang telah bersidang pada 19 September 1995  telah membincangkan kertas ini dan mengambil maklum seperti berikut :


4.3.1 Merokok boleh mengganggu kesihatan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung menyebabkan kanser paru-paru, mengganggu pernafasan dan merosakkan otak.

(Rujukan Fatwa Al-Imam Al-Akbar Mahmud Syaltut  m.s 383)


4.3.2 Merokok adalah perbuatan membazir harta iaitu membelanjakan harta pada perkara yang tidak berfaedah.


4.3.3 Nas yang menjadi rujukan :


(a) Al-Quran

ولا تلقوا بأيديکم الى التهلکة (i 

                                                                          (سورة البقرة : 195)


ولا تقتلوا أنفسکم إن الله کان بکم رحيما (ii

(b) Al-Hadith

لا ضرر ولا ضرار

 (احمد وابن ماجه




(c) Kaedah-kaedah feqah


لا ضرر ولا ضرار (i

الاصل في الأشياء الاباحة (ii

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح (iii

مبدأ سدالذرائع (iv


4.3.4 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 21 Jun 1995 telah mengambil keputusan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keputusan


Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.




Disahkan oleh:




(DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi,

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak