JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Perbezaan Susunan Wali Perkahwinan: Penilaian Semula Dan Penyelesaian

Kategori: Munakahat
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 4 Tahun 2017 telah bersidang pada 22-23 November 2017 / 3-4 Rabiulawwal 1439H di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Perbezaan Susunan Wali Perkahwinan: Penilaian Semula Dan Penyelesaian” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan di Negeri Sabah bahawa:


Susunan Pewalian adalah seperti berikut:-


1.    Bapa : الأب


2.    Datuk (bapa kepada bapa) : الجد أبو الأب


3.    Saudara lelaki seibu sebapa : الأخ للأب والأم


4.    Saudara lelaki sebapa : الأخ للأب


5.    Anak saudara lelaki seibu sebapa : إبن الأخ للأب والأم


6.    Anak saudara lelaki sebapa : إبن الأخ للأب


7.    Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah : إبن إبن الأخ للأب والأم وإن سفل


8.    Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah : إبن إبن الأخ للأب وإن سفل

 

9.  Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa : العم للأب والأم

 

10. Bapa saudara sebelah bapa sebapa : العم للأب 

 

11. Anak lelaki Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa : إبن العم للأب والأم

 

12. Anak lelaki Bapa saudara sebelah bapa sebapa : إبن العم للأب

 

13. Anak sepupu seibu sebapa ke bawah : إبن إبن العم للأب والأم وإن سفل

 

14. Anak sepupu sebapa ke bawah : إبن إبن العم للأب وإن سفل

 

15. Bapa saudara bapa sebelah bapa sebelah bapa seibu sebapa : عم الأب للأب والأم

 

16. Bapa saudara bapa sebelah bapa sebelah bapa sebapa : عم الأب للأب

 

17. Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa : إبن عم الأب للأب والأم 

 

18. Anak lelaki datuk saudara sebapa : إبن عم الأب للأب

 

19. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah : لإبن إبن عم الأب لأب والأم وإن سفل

 

20. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah : إبن إبن عم الأب للأب وإن سفل

 

21. Bapa saudara datuk seibu sebapa : عم الجد للأب والأم

 

22. Bapa saudara datuk sebapa : عم الجد للأب

 

23. Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa : إبن عم الجد للأب والأم

 

24. Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa : إبن عم الجد للأب

 

25. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa dan ke bawah : إبن إبن عم الجد للأب والأم وإن سفل 

 

26. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa dan ke bawah : إبن إبن عم الجد للأب وإن سفل 

 






Klik disini untuk mencetak