JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mewartakan Fatwa-Fatwa Di Bawah Seksyen 34, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan ) 1993 [Akta 505]

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang telah bersidang pada 30 November 2016 telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:


(a) Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dalam beberapa siri mesyuarat yang lalu telah membuat keputusan fatwa berhubung dengan isu-isu seperti berikut:

(i) Mesyuarat kali ke 79 pada 4 Julai 2011:

Fatwa berkenaan dengan Pelatihan Solat Khusyuk dan Seumpamanya;

(ii) Mesyuarat kali ke 88 pada 19 November 2014: Fatwa berkenaan dengan Fahaman dan Pemikiran Liberalisme dan Pluralisma Agama;

(iii)  Mesyuarat kali ke 88 pada 19 November 2014: Fatwa berkenaan dengan Jihad di Syria; dan

(iv) Mesyuarat kali ke 88 pada 19 November 2014: Fatwa berkenaan dengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim.


(b) Memandangkan semakan fatwa asal yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak melibatkan pindaan secara substantif, maka deraf pewartaan fatwa yang telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara hendaklah dibentangkan semula di Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak sebelum disiarkan di dalam Warta.


KEPUTUSAN


Mesyuarat telah meneliti deraf fatwa tersebut dan mengambil keputusan seperti berikut:

(a)    Bersetuju menerima draf pewartaan fatwa hanya bagi tajuk-tajuk berikut:

(i)     Fatwa berkenaan dengan Pelatihan Solat Khusyuk dan Seumpamanya;

(ii)     Fatwa berkenaan dengan Jihad di Syria; dan

(iii)    Fatwa berkenaan dengan Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim.


(b)    Menyediakan deraf pewartaan mengikut tajuk-tajuk fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa.

                                                                                        

Tindakan: PMWP


Disahkan oleh :


(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak