Garis Panduan Bacaan Fatihah Imam
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2017 telah bersidang pada 27-28 September 2017 / 6-7 Muharram 1439H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Garis Panduan Bacaan Fatihah Imam” dan telah bersetuju memutuskan untuk dijadikan panduan umat Islam di Negeri Sabah bahawa:
1. Membaca Fatihah adalah rukun yang wajib di dalam solat dan wajib dibaca dengan baik.
2. Salah satu syarat menjadi imam adalah seorang yang Qari’ (boleh membaca Fatihah dengan baik).
3. Batal Solat seorang Qari’ (boleh membaca Fatihah dengan baik) yang berimamkan seorang yang Ummi (cacat bacaan fatihahnya). Oleh itu, hendaklah dia :-
a) mengulangi solat yang sudah dilaksanakan bersama Imam itu.
b) mufaraqah sebaik sahaja mengetahui kesalahan (lahan jaliyy) yang mengubah makna pada bacaan Fatihah imam.
4. Sah Solat seorang Ummi (cacat bacaan fatihahnya) yang berimamkan seorang yang Ummi (seorang yang cacat bacaan fatihahnya).