Melabur Dalam ASN dan ASB
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M telah memutuskan bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksananaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak diharus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya saham (ASB & ASN).