JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kewajipan Zakat Terhadap Wang Pampasan Dan Gratuiti


Kategori: Zakat
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang telah bersidang pada 30 November 2016 telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:


(a) Gratuiti menurut Kamus Dewan bermaksud ganjaran biasanya berupa wang yang diberikan oleh majikan kepada pekerja yang berhenti atau bersara sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah diberikan. Manakala wang pampasan pula merujuk kepada wang yang dibayarkan sebagai ganti rugi.

(b) Kedudukan Wang Pampasan Dan Gratuiti dalam kerangka zakat termasuk dalam kategori al-Mal al-Mustafad (harta perolehan) yang boleh digolongkan ke dalam kumpulan zakat pendapatan al-Mal al-Mustafad.

(c) Cadangan dua alternatif kaedah pengiraan zakat Wang Pampasan Dan Gratuiti seperti berikut:

(i) Kaedah 1: Pembayaran zakat di akhir tahun taksiran setelah ditolak keperluan asas hidup dan semua pendapatan hendaklah digabungkan; dan

(ii) Kaedah  2:  Pembayar  zakat  boleh  membayar  zakat pendapatan bersih pada hari pendapatan tersebut diterima secara tunai. Ini bermakna pembayar zakat wajib membayar setiap bulan atau minggu atau masa-masa yang ditetapkan apabila telah mencapai nisab kerana syarat wajibnya telah wujud pada masa itu juga.


KEPUTUSAN


Mesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan supaya mentafsirkan semula secara terperinci wang pampasan, Gratuiti dan termasuk juga wang Ex-Gratia.

 

                                                                            Tindakan: PPZ- MAIWP



Disahkan oleh :



(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak