JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mendirikan Solat Jumaat Sementara Bagi Menggantikan Surau Ad Deniah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Lembah Pantai

Kategori: Ibadah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang telah bersidang pada 30 November 2016 telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:


(a) Surau Ad-Deeniah merupakan tempat solat utama bagi kakitangan, pelajar, pesakit dan orang awam di Pusat Perubatan Universiti Malaya serta kakitangan dan pelajar Univeristi Malaya sejak tahun 1996. Dengan usia surau yang menjangkau hampir 20 tahun, banyak struktur bangunan surau tersebut yang telah uzur termasuk bumbung yang perlu dinaiktaraf. Projek baikpulih surau Ad-Deeniah akan mengambil masa selama 4 bulan dan akan ditutup bermula Disember 2016 sehingga April 2017.


(b) Bilik Konferen 3, Tingkat 13, Menara Selatan PPUM dicadangkan sebagai tempat solat Jumaat sementara bagi kakitangan, pesakit Pusat Perubatan Universiti Malaya dan pelajar Universiti Malaya serta orang awam.


(c) Bilik Konferens 3 ini boleh memuatkan sehingga 1000 orang jemaah dalam satu-satu masa bagi menampung jemaah untuk Solat Fardhu Jumaat. 


(d) Bahagian Pengurusan Kariah JAWI bersetuju dengan cadangan tersebut atas sebab-sebab berikut:


(i) Memudahkan petugas dan kakitangan untuk menunaikan solat Jumaat tanpa perlu tergesa-gesa dan meninggalkan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit;


(ii)  Memudahkan pesakit dan para waris yang boleh menunaikan solat Jumaat dengan selesa; dan


(iii) Pertukaran shif kerja antara doktor kakitangan pada jam 2 petang akan menyebabkan kakitangan lelaki Islam akan menyukarkan pergerakan kakitangan untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit.


KEPUTUSAN


Mesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan bersetuju membenarkan Solat Jumaat Sementara di Bilik Konferens 3, Tingkat 13, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


Tindakan: Bahagian Pengurusan Masjid JAWI



Disahkan oleh :



(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak