JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Di Syria Atas Nama ISIS

Kategori: Jenayah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh teliti, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 10 Sya’ban 1437 bersamaan 17 Mei 2016 telah membuat keputusan seperti berikut:


Kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama IS di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut hukum syara’. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam.


Perjuangan kumpulan militan IS adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai kemanusiaan sejagat. Sehubungan itu, selaras dengan prinsip dan ajaran Islam yang menolak keganasan dan pembunuhan sesama manusia, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa adalah haram bagi umat Islam menyertai kumpulan militan yang membawa ideologi keganasan dan melakukan pembunuhan, radikal dan ekstrim seperti kumpulan IS kerana ia bercanggah dengan prinsip ajaran Islam dan ia boleh menggugat keselamatan dan kestabilan Negara.


Seluruh umat Islam di negeri Johor dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan IS ini kerana perjuangan mereka tidak tergolong dalam kategori jihad dan kematian mereka juga tidak tergolong dalam mati syahid menurut kerangka hukum syara’.


والله اعلم بالصواب


Klik disini untuk mencetak