JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi

Kategori: Ibadah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2017 telah bersidang pada 23-24 Mei 2017 / 26-27 Syaaban 1438H, bertempat di Bilik Seri Beringgis, TH Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi.” dan telah bersetuju memutuskan sebagai panduan umat Islam di Negeri Sabah bahawa:

 

  1. Harus solat secara duduk di atas kerusi bagi sesiapa yang tidak mampu solat secara  berdiri.
  2. Jika seseorang itu mampu berdiri untuk solat tetapi tidak mampu untuk rukuk   dan sujud, hendaklah berdiri terlebih dahulu kemudian bolehlah duduk untuk melakukan rukuk dan sujud. Dalam kes ini, perbuatan rukuk dan sujud dilakukan secara isyarat sahaja iaitu seseorang itu mengisyaratkan kepala dengan tunduk sedikit semasa rukuk dan juga menundukkan badan lebih sedikit dari kadar tunduknya semasa rukuk apabila bersujud.
  3. Jika seseorang itu mampu berdiri dan rukuk tetapi tidak mampu sujud, hendaklah berdiri dan rukuk terlebih dahulu kemudian selepas i’tidal, bolehlah duduk dan  melakukan sujud secara isyarat sahaja dengan menundukkan badan apabila bersujud.
  4. Kedudukan kerusi yang digunakan oleh para jemaah yang uzur atau tidak mampu berdiri itu hendaklah berada di hujung saf.
  5. Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah.
  6. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak melebihi kedudukan imam.
  7. Kerusi yang digunakan hendaklah bersaiz kecil dan tidak terlalu besar, ini supaya    keseragaman saf dapat dijaga serta memberikan keselesaan bagi jemaah yang lain.



Klik disini untuk mencetak