JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV)


Kategori: Perubatan
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :-

 

i. Setelah meneliti keterangan dan hujah-hujah, ahli mesyuarat  berpandangan bahawa di dalam Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumnya. Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.

ii. Sehubungan itu, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pengambilan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (serviks) di kalangan wanita.

iii. Mesyuarat juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.

Klik disini untuk mencetak