JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Membawa Kanak-Kanak Ke Masjid Dan Kedudukan Mereka Di Dalam Saf

Kategori: Ibadah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1 Tahun 2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M / 24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Membawa Kanak-Kanak Ke Masjid Dan Kedudukan Mereka Di Dalam Saf” dan telah bersetuju memutuskan untuk panduan umat Islam di Negeri Sabah bahawa:  

 

1. Harus membawa kanak-kanak ke masjid. 

 

2. Tidak ada larangan untuk meletakkan kanak-kanak di antara dua orang makmum dewasa atau meletakkan di dalam saf yang khusus untuk kanak-kanak.  

 

3. Tidak ada ketetapan syarak untuk memindahkan kanak-kanak yang berada di saf dewasa ke dalam saf yang khusus untuk kanak-kanak. 

 

4. Bagi kanak-kanak yang kecil dan susah untuk dijaga serta mengganggu jemaah, maka hendaklah dikawal oleh ibu bapanya. 

Klik disini untuk mencetak