JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menggunakan Burung Hantu Sebagai Logo/Simbol

Kategori: Haiwan
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-105 yang telah bersidang pada 30 November 2017 telah meneliti kertas ini dan membuat keputusan membenarkan penggunaan logo burung hantu kerana penggunaan tersebut bukanlah sampai kepada tahap takzim (agungkan) dan dengan syarat dipotong pada mana-mana bahagian daripada anggota burung tersebut

                                                                                    

                                                                                      Tindakan : PMWP


Disahkan oleh :



(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak