Yasin Fadhilat
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang telah bersidang pada 2 Zulqaedah 1436 Hijriah bersamaan 17 Ogos 2015 Miladiah telah membuat keputusan seperti berikut:
Kitab Yasin Fadhilat yang diusahakan oleh Haji Abdullah Bin Haji Mohd Dali adalah dilarang penggunaannya dan juga penerbitannya kerana berlaku percampuran ayat al-Quran dengan zikir yang boleh mengelirukan umat Islam. Walaubagaimanapun, mengamalkan Yasin Fadhilat yang diasingkan tulisan zikir dan doa-doanya adalah diharuskan.