JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penyembelihan Ayam Dengan Menggunakan Pelalian “Water Stunner”


Kategori: Haiwan
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara bersetuju menerima hukum seperti yang diputuskan iaitu:

 

i. "Penggunaan “Water Stunner” dalam proses penyembelihan ayam adalah harus dan mengambil kira bahawa hayat mustaqirrah itu masih ada serta pelaksanaannya sentiasa dipantau".

ii. Mesyuarat juga membuat keputusan supaya syarikat-syarikat yang besar menyediakan pegawai syariah bagi memantau proses penyembelihan di premis masing-masing. Manakala bagi syarikat kecil, pemantauan yang lebih kerap perlu dilakukan oleh Unit Halal, Jabatan Agama Islam Sarawak.

iii. Mesyuarat mencadangkan agar diadakan tayangan video atau membuat lawatan di tempat penyembelihan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang cara pengendalian “Water Stunner” ini.

Klik disini untuk mencetak