JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Memakai Kanta Lekap Bercorak


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-105 yang telah bersidang pada 30 November 2017 telah menimbang dan bersetuju dengan membahagikan kanta lekap kepada tiga kategori :

i.        Kanta Lekap Perubatan Bercorak

ii.       Kanta Lekap Perubatan Tanpa Corak

iii.      Kanta Lekap Perhiasan sahaja


Bagi kategori (I) dan (ii) mesyuarat membuat keputusan “Harus” menggunakannya kerana ia termasuk dalam keperluan (Hajiyat) bagi seseorang itu menggunakannya

Manakala bagi kategori (iii) mesyuarat membuat keputusan “Tidak Harus” menggunakannya kerana ia mempunyai risiko kesihatan mata lebih-lebih lagi apabila tidak mendapat nasihat dari pengamal kanta lekap.

                                             

                                                                            Tindakan:PMWP                                                                      


Disahkan oleh :


(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak