JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menggabungkan Niat Puasa Qadha’ Dengan Puasa Sunat


Kategori: Ibadah
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 21 Dzulhijjah 1436 bersamaan 5 Oktober 2015 telah menerima perkara ini sebagai irsyad hukum dengan hukum seperti berikut:


Kaedah berpuasa qadha’ dan sunat syawal yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia selama ini mempunyai sandaran hukum dari kitab-kitab feqah, akan tetapi kebanyakan kitab menyebut niat qadha’ sahaja dan akan berhasil sunat, maka dalam perkara ini dicadangkan:

           

i. Bagi mereka yang lazim berpuasa sunat, maka puasa qadha’ terlebih dahulu adalah terbaik buat mereka, kemudian setelah habis qadha’ barulah berpuasa sunat, dan jikalau puasa sunat itu tidak sempat dihabiskan dalam bulan syawal dia boleh menghabiskan puasa sunat syawal dalam bulan zulqaedah.


ii. Bagi mereka yang sederhana dalam melakukan ibadah puasa, terdapat tiga pandangan iaitu:


  • Menggunakan pendapat yang membolehkan menggabungkan niat puasa qadha’ dan sunat atau;
  • Pendapat yang mengatakan niat untuk berpuasa qadha’ disamping itu berdoa mengharapkan agar dikurniakan pahala puasa sunat syawal atau;
  • Berpuasa sunat syawal terlebih dahulu dan berazam untuk mengqadha’kan puasanya di lain waktu sebelum tiba ramadhan yang baru.


والله اعلم بالصواب

 

Klik disini untuk mencetak