JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kwsp) Bagi Ahli Yang Memeluk Agama Islam


Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 19 pada 20 Rejab 1432H/ 22 Jun 2011M sebulat suara menerima sighah seperti berikut:


i.  Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya;

ii. Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal; dan

iii. Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.

iv. Mesyuarat mencadangkan kepada Majlis Islam Sarawak agar kajian perundangan mengenai kedudukan Tabung Baitulmal Sarawak sebagai penerima atau pentadbir harta orang Islam yang tidak mempunyai waris.

v. Mesyuarat juga mencadangkan supaya Majlis Islam Sarawak mengkaji pendaftaran wasiat yang dilaksanakan oleh Tabung Baitulmal Sarawak.

Klik disini untuk mencetak