JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat-Ayat Quran) Untuk Tujuan Komersial

Kategori: Perubatan
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-105 yang telah bersidang pada 30 November 2017 telah menimbang dan bersetuju penggunaan ayat-ayat ruqyah secara umumnya adalah dibenarkan oleh syarak tetapi jika sekiranya ruqyah itu dilakukan dengan tujuan bagi melariskan sesuatu produk maka ianya tidak dibenarkan. Perkara ini adalah sebagai langkah Sad Azzara’i yang akan membawa kepada menjual agama bagi mendapat habuan dunia bertepatan dengan kaedah yang menyebut “Apa-apa yang membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram”



Disahkan oleh :



(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak