JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Perbezaan Pada Susunan Wali Perkahwinan: Penilaian Semula Dan Penyelarasan


Kategori: Munakahat
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-105 yang telah bersidang pada 30 November 2017 telah menimbang dan bersetuju dengan penyusunan wali tersebut dengan sedikit pindaan terjemahan maksud perkataan ibnul akh (ابن الأخ)

Berikut adalah cadangan susunan wali untuk tujuan penyelarasan. Setiap wali akan disebutkan juga dalam Bahasa Arab bagi mengelakkan kekeliruan :

1. Bapa الأب

2. Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas الجد أبو الأب

3. Saudara lelaki seibu sebapa الأخ للأب والأم

4. Saudara lelaki sebapa الأخ للأب

5. Anak saudara lelaki seibu sebapa ابن الأخ للأب والأم

6. Anak saudara lelaki sebapa ابن الأخ للأب

7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب والأم

8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب

9. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa العم للأب والأم

10. Bapa saudara sebelah bapa sebapa العم للأب

11.  Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu) ابن العم للأب والأم

12.  Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu) ابن العم للأب

13.  Anak sepupu seibu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب والأم

14. Anak sepupu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب

15. Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب والأم

16. Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب

17. Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ابن عم الأب للأب والأم

18. Anak lelaki datuk saudara sebapa ابن عم الأب للأب

19. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب والأم

20. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب              

21. Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب والأم

22. Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب

23. Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa ابن عم الجد للأب والأم

24. Anak lelaki moyang saudara sebapa ابن عم الجد للأب

25. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa ابن ابن عم الجد للأب والأم

26. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa ابن ابن عم الجد للأب


                                                                            Tindakan : PMWP



Disahkan oleh :



(DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI)

Mufti Wilayah Persekutuan

Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Klik disini untuk mencetak